C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, September 14, 2017

Tips Mudah Untuk Kemas Rumah

Assalamualaikum wbt,

So harini aku nak share sket tips untuk buat rumah mudah dikemas. Aku ni tak rajin sangat mengemas. Nak lap habuk malas, nak buat kerja rumah yang mudah2 je. Jadi ini beberapa cara yang aku buat supaya aku senang nak kemas rumah. Kiranya kalau orang datang rumah mengejut, aku tak perlukan masa yang lama untuk kemas especially kita2 mak2 yang ada anak kecil 😀😀😀

1. Make sure perabot minima. MINIMA maksudnya, kalau kata ruang tamu ada kerusi untuk tetamu duduk, TV n maybe kabinet TV. Kalau ruang makan just meja makan. Make sure kabinet jenis pintu bertutup jadi kalau ada barang yang diletak kat raknya tak nampak. Kalau kita ni jenis rajin lap habuk, tak letak barang sangat, barang nampak bersusun bole pilih yang terbuka. Tapi kalau tahu banyak khazanah nak letak dalam tu, sila pilih yang berpintu. Benda tu sangat membantu untuk 'sembunyikan' majalah ke, album ke surat2 or bil2 yang terkumpul.

Tak perlu nak letak pasu dan bunga plastik, hiasan atau frame banyak2 atas meja. Kita ada anak kecil, diorang suka mengusik2 benda2 ni dan benda2 ni memerangkap habuk. Kalau atas rak clear kita nak bersihkan pun mudah. Betul tak? Dulu masa kecik, mak aku collector bunga batu. Nak membersihkan benda2 tu bukan bole lap gitu je, susah yang ampun. Azab ok. Jadi aku rasa tak perlu tambah kerja yang menyusahkan diri 😄😂

2. MAINAN ANAK-ANAK. yer inilah musuh utama yang menyebabkan rumah kelihatan bersepah. Tapi kalau tak bagi main kesian pula betul tak. Aku letakkan bebrapa mainan anak2 di dalam beg plastik. Dalam tu aku letak blocks (bukan lego yer), kereta mainan, telefon mainan dan anak patung. Beg plastik tu adalah beg plastik cadar patchwork. So bole bayang tak besar mana. Lepas main aku make sure diorang simpan balik dalam tu. Jadi mudah untuk diorang kemas juga sebab just sumbat dalam satu bag. Aku make sure mainan tu besar supaya tak tercicir bawah meja atau kerusi or tempat2 tersmbunyi. Mainan besar mudah dikemas berbanding yang kecil macam lego. Kalau mainan yang halus2 ni aku letak di bilik diorang yang kalau diorang nak main, sila main di bilik sendiri.

3. BAJU LEPAS BASUH. Yesss aku tahu kita semua agree ni. Aku punya ampai rumah dekat bawah. Jadi bila angkat baju slalu letak atas kerusi. Tapi aku make sure ada bakul khas untuk letak baju yang belum berlipat ni. Sebab apa, kalau orang datang, aku terus angkut bakul2 ni letak dalam bilik 😂😅 Nanti bila rajin aku lipatlah baju2 ni masa tengah tengok tv 😁😁😁

4. TOILET. Sape rajin nak nyental toilet lama2. Aku jumpa cara mudah bersihkan toilet. Aku beli clorox 1 botol. 1/3 clorox aku tuang dalam baldi. Then aku isi air penuh 1 baldi tu. Lepastu aku jirus larutan clorox dekat lantai, sinki, mangkuk tandas dan dinding. Biarkan dalam 15 ke 20 minit. Then bilas. Masa biarkan ni sila tutup pintu. Kalau bole buat masa anak tiada di rumah or tengah tido. Bau klorin agak kuat dan merbahaya juga kalo dihidu terlalu banyak. Tapi hasil dia memang memuaskan. Kadang ada daki2 yang tak hilang walaupon disental, dengan larutan ni in sha Allah hilang.

5. VACUUM. Vakum aku sentiasa ada di belakang meja makan supaya bila nak bersihkan rumah aku senang nak capai n bersihkan. Kalau orang datang baru aku simpan dalam stor. Kalau tak aku make sure dia belakang meja. Aku tak pakai penyapu sebab aku rasa susah nak bersihkan atas karpet n habuk mudah terbang. Kalau vakum ni terus sedut je. 

Ok setakat ni memang nilah tips aku mudah nak kemas rumah. Aku ajar anak2 aku kemas mainan lepas main sebab aku tak larat nak kemas setiap masa. So aku just buat yang perlu macam vakum rumah, kemas sket2, basuh pinggan, lipat baju. Macam habuk2 tu aku kemas skali skala. Kadang kalau tenung memang nampak habuk tapi tu bila rajin baru buat. Kalau tak aku biar aje nanti panggil maid bersihkan 😆😆😆

So kalau ada tips please share lagi yer.

Pokok Dalam Rumah

Assalamualaikum wbt,

Harini semangat nak cerita pasal deko rumah. Beli pokok untuk letak dalam rumah. Sebenarnya en suami tak bagi letak dalam rumah. Tapi ni dia takde rumah taktau lah kalau balik dia approve ke tak 😂😂😂 Ok assume jelah dia approve ek (hehehe). Ok so ibu ada bagi pasu besar tapi pasu tu belum amik lagi cuma pokok2nya aku da beli. Pasu tu biasa je. Tapi sebab besar mak semangat nak letak pokok dalam rumah pakai pasu tu. So gambar2 ni kalo korang perasan pokoknya takde pasu lagi.

So beli dekat nurseri area Taman Daya. Nurseri ni pokoknya bersih tersusun n murah. Bole tawar menawar. Macam pokok palm tu RM30 sahaja. Yang lagi 2 pokok tu baru RM20 sebatang. So pada aku murahlah. Konon nak beli 1 tapi da terbeli 3 kawwww (hahahaha).

So puas lah ngangkut pokok keliling rumah. Pinggang now da sakit. Padanlah muka kan. Takpe yang penting hati gumbira. So finally, aku pilih letak kat spot2 ni. Taktaulah kalo da ada pasu akan ditukar lagi ke tak kedudukan diorang. So kena stop sekarang sebab nak gi kelas. Nanti kita sambung celoteh ek.






Saturday, September 9, 2017

Just Another Rambling

Assalamualaikum wbt uolls,

Saja lah menjengah blog memalam buta. Dulu macam addicted benor dengan blog. Sehari kadang sampai 5 post ko...sekarang, da macam hidup segan mati tak mahu blog ni 😅 Btw, bila bukak blog ni banyaklah aku baca balik entri lelama. Baca lah apa yang aku penah azamkan, apa yang penah aku nasihatkan untuk diri aku. Aku suka. Buat aku ingat pada diri aku yang lama. Kekadang rasa macam aku tak berubah, tapi bila baca post2 lama, energy masa tu, azam, mood, diri aku masa tu lain. Pikir balik, masa bila semua tu berubah sebenarnya.

Kadang rindu giler dengan diri aku yang lama. Very passionate, very positive, very happy compare to aku yang sekarang. Tapi tu entri yang 5 tahun dulu, 7 tahun dulu. Agaknya kalo 5 tahun lagi aku baca entri sekarang, adakah aku rasa masa ni lebih baik dari masa tu. I dunno tapi aku percaya life is a cycle. Ada masa ko kat atas ada masa kat bawah. Tapi aku suka benda ni keep track perjalanan hidup aku. Nampak macam mana diri aku berkembang.

Lately ni aku rasa aku suka marah. Aku taktau apa yang menyebabkan aku jadi suka marah. Atau sebenarnya aku tahu tapi taknak admit. huhuhu. Aku kadang rasa complicated diri aku ni. Taktau kenapa aku tak bole nak cool macam dulu2. WHY LAR? WHY????? Kalau korang ada suggestion macam mana nak jadi ibu2 dan istri2 yang lebih baik bagi tips sket pleaseeeee 😄😄😄 But overall aku ok je. Masih bertahan.

Banyak sebenarnya aku nak kongsikan tapi aku rasa tak patut aku kongsikan. So aku decide untuk tak kongsi. Aku harap korang semua pon ok. Rindu zaman2 aktif berblogging. Ramai kengkawan blog masa tu. Ada yang masih keep in touch sampai arini, Alhamdulillah. SO nanti kita blogging2 lagi k. Aku nak tido. Esok nak bawak anak2 pi taman gi joging (konon2 😆😆😆)

Sunday, August 27, 2017

Projek DIY Rumah

Assalamualaikum wbt,

Ok dengan semangatnya nak cerita. Berjaya juga DIY tangga. Ingat tak aku cite aku nak buat something dengan staircase dekat rumah. Akhirnya dapat ok. Alkisahnya macam ni. Aku gi KAISON. Berkenan tengok wallpaper kat sana. Cantik dan murah. So belilah 2 corak untuk dilekatkan dinding dapor n bilik. Dinding bilik tu teringin nak buat ala2 nyonya punya decor. Style vintage n color dia adalah combination yang pop. Macam biru laut n hijau lemon, purple n hijau. So aku tahu en suami ni bukan type bunga2 ni. Dia ni typical style sket suka play safe. Kalo amik color warna coklat or hitam or kelabu. Kalau amik wallpaper amik corak papan or batu bata. Dia tak suka or tak reti or tak berani main dengan corak n color. So masa en suami takde aritu, aku beli wallpaper ni n tampal kat bilik anak. Bilik tu memang takde buat pape. Plain macam tu. So aku just tampal je wallpaper tu tapi belum cat lagi. Tengah pikir nak cat warna apa tapi rasa macam da ada idea nak cat warna apa. So inilah hasilnya. Aku lupa nak amik gambar sebelum n selepas. Tapi just imagine bilik tu kosong je dinding dia.



Please excuse katil yang bersepah. Almaklum anak tadi baru bangun tido. Hahaha. Lepastu aku beli lagi 1 wallpaper corak daun2, aku tampal dekat ruang kalo naik tangga kat atas. Macam hallway untuk ke bilik2 je. Actually aku beli wallpaper tu nak tampal dekat toilet aku tapi tah macam mana bole plak tampal kat situ. Aku dapat inspirasi dari gambar ni.




Takdelah sama tapi lebih kuranglah. Kalau buat kat toilet mesti lagi lawa ek..hurmmm. Tapi da penat buat malas nak cabut (hahahaha). da lama jugaklah sebenarnya asik berkenan dengan dinding ala2 Morocco. Tapi mak ni tak keje. Mahal weh survey tiles tu. Tapi memang cantikkan. Jumpa wallpaper ala tiles tu dekat Kaison. Walaupon warna dia tak macam yang aku nak tapi sebab aku tahu susah nak jumpa, aku beli. Dengan excited tampal kat dinding dapor malam tu jugak 😅 




Ada lebih banyak jugak so aku decide nak tampal kat tangga. Tapi kat tangga bila da buat dapat separuh je. So pegi KAISON balik nak beli wallpaper yang sama tapi habes da. Tengok2 ada corak tiles lain aku beli. Ingat nak buat bodoh sambung je tapi adik aku cakap nampak pelik sangat. So ganti semua dengan wallpaper baru tu. So inilah hasilnya. Aku sukalah wallpaper dekat KAISON ni. Menyenangkan hidup aku 😁😁😁



So 2 dari checklist da siap. Tinggal lagi 3. Siapa yang nak tahu apa checklist aku bole klik sini and siapa nak tahu projek mana yang da siap klik sini. Harap lepasni kalau ada lagi projek yang da siap, aku update ok 😉

Thursday, March 2, 2017

Projek 3 bulan terbengkalai

Assalamualaikum wbt,

Haritu ingat tak aku cite aku nak buat 5 projek untuk rumah aku dalam masa 3 bulan. Ok fail. siapa belum baca bole baca dengan klik 'sini'. Tak berjaya pon buat projek tu. Yang sempat buat cuma rak buku dekat dalam bilik aku.

Berjaya gantikan rak buku yang da uzur tersebut dengan rak besi yang lebih tahan. Rak tu macam rak2 dekat warehouse. Aku pakai rak ni asal dalam stor. Lepastu suami suggest pakai ni je untuk rak buku. Kalo korang ada duit lebih bole beli yang color2 tiang dia. Tapi mahal sket. Dalam RM120++ kalo tak silap aku. Yang aku beli murah je, 1 set tu dalam RM70 kalo tak silap. Tapi kena pasang sinri. Dapat empat tingkat n quite besar. Pada aku nampak elok je. Aku beli 2 set untuk apit meja keje tu. Ingat kalo ada rezeki nak juga beli meja baru yang bole letak skali space untuk aku menjahit. Aku ada satu je gambar yang aku amik dari instagram. Ni aku upload k.


Sori takde gambar proper. Btw, aku letak skali instagram aku kot2 korang nak follow :-p Nanti rajin sket aku upload gamba ade color k. So kira aku hutang lagi 4 projek dengan korang kan. In sha Allah nanti da lega2 aku buat k.

_______________________________________________________________

Sambungan. aku dapat gambar yang proper, so ni aku tunjuk gambar rak buku aku tu k. Sori bersepah sket 😅😅😅




Wednesday, January 18, 2017

Akhirnya Berakhir Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum wbt,

Da lama sangat tak mengomel dalam ni. Memang few months ni busy dan bile free rasa macam nak berehat n tengok tv. Hahaha. Almaklum anak da tiga bila free lah baru nak tengok2 tv, lunjur2kan kaki. But kalini I have to share with you guys this great news. After 6 years of ups and downs, finally I have present my viva and currently doing my correction. Alhamdulillah. Ni macam perjalanan terpanjang, tersunyi, tersedih, terpaling banyak emosi pernah aku lalui. Kesunyian tu tak dapat nak cakap. Dan macam mana mixed emotions yang aku rasa ni sangat mempengaruhi diri aku ni. Sampai ada masa aku rasa macam nak lari seorang diri, duduk dendiam bawah pokok renung laut.

Masa awal2 journey PhD aku ni, aku penuh semangat, very positive, very determine, yakin bole siapkan dalam masa 3-4 tahun. Tapi lepas 2 tahun, kerja aku macam kat takuk tu je. Tak gerak2. Tanya supervisor dia cakap belum bole hantar lagi. Tak cukup. Aku da down sket. Apa nak buat masa ni. Pikir lagi apa bole aku masukkan. Tiba2 da 4 tahun da. Dalam berfikir tu tiba2 plak tahu mengandungkan Ziyad. Aku nangis bila tahu aku pregnant. Bukan aku tak suka mengandung tapi masa tu, elaun aku da kena potong, laki aku sorang tanggung semua. So akhirnya aku decide untuk stop hantar anak2 pegi babysitter, n lepas habis pantang Ziyad, hari ke-45 aku drive pergi ajar budak tusyen sebab nak cari extra income.

Masa ni penat n letih lain macam. Allah nak bagi aku rasa pengorbanan ibu yang duduk dirumah 24/7 dengan anak2. Tolong yer ibu2, jangan pandang rendah pada suri2 rumah. Pada babysitter atau bibik2 yang jaga anak2 kita, hargai mereka. Aku jaga anak 3 orang aku jadi stress dan berkecamuk. Sekarang aku faham kalau ada ibu2 yang stress dera anak or jadi garang, must because dorang sangat stress n emosi tak dijaga oleh para suami. Tapi Alhamdulillah aku taklah sampai tahap dera anak tapi slalu lah aku ni marah anak2 aku. Macam aku jadi cepat melenting. N benda ni pun buat aku bertambah down sebab ada ke mak yang suka asik marah2 anak dia. So biasanya memang aku jadi sedih gila lepas marah diorang tapi aku tak bole nak control tahap kesabaran aku. Kadang aku rasa macam nak gila pun ada.

So akhirnya masa akhir tahun 2015, aku minta suami benarkan aku hantar anak2 aku pegi taska. Masa tu supervisor suro aku pecut sket. So 2 bulan aku pergi library setiap hari and dengan kuasa Allah, part yang aku stuck selama ni tiba2 Allah buka bagi jalan dalam masa seminggu. Sungguh Allah penyelesai segala masalah. n supervisor pon cakap benda yang sama. Bila Allah nak bagi jalan, dalam masa 2 saat pon bole setel. So aku speed up dengan harapan nak hantar cepat. Nak setel awal tahun 2016 tapi supervisor cakap tesis tak cukup mantap. Tak sempat hantar. Aku kecewa lagi. Aku kena register lagi semester n keluarkan duit poket sinri bayar yuran dengan masa tu duit memang ngam2 tapi kuasa Allah sentiasa ada je rezeki bila aku perlu guna duit.

So aku cuba tambah2 tesis aku. Aku tahu tak cukup mantap tapi aku cakap dengan sv aku yang aku kena jugak hantar sebab da terlalu lama aku buat ni n kalau aku tak hanta juga aku akan kena baya semua yuran yang da diberi oleh KPT. So die lepaskan aku hantar. Lepas hantar bulan 8/2016, 11 Januari aritu baru aku dipanggil viva. Sepanjang menunggu viva aku baru prasan tesis aku sangat teruk. Lack of explanation n banyak benda yang aku tertinggal sebenarnya. Aku da gelabah sebenarnya fikir aku akan dihentam oleh examiner. Kecut perut aku macam rasa contraction setiap kali terbayang viva. Tapi kuasa Allah dan iringan doa dari yang tersayang, my viva went very2 smoothly.

Slalu nya ada page by page checking selepas viva presentation tapi Allah tiupkan kelembutan dalam hati2 examiner aku sampai diorang rasa puas hati dengan presentation aku n tak perlu page by page checking. My sv also very satisfied with my presentation n how i defense my research. Aku taktau nak cakap betapa leganya perasaan aku lepas viva tu. Macam hilang semua beban dalam kepala n bahu aku ni. Inilah benda yang aku tunggu selama 6 tahun. Ada kawan yang sama macam aku. Tunggu habis tapi tak siap2. Sv masih cakap tak cukup, akhirnya dia berhenti blaja lepas 5 tahun. Aku pon sama. Tah brape kali aku cakap aku nak give up. Tapi aku takde pape kalau aku berhenti. Dan aku slalu fikir, what if sebenarnya penamat jalan aku da nak tiba tapi sebab aku give up aku taktau. So aku cuba jalan lagi habiskan. Alhamdulillah Allah bantu kuatkan hati aku.

Jangan tanya macam mana aku kena sindir or pandangan orang2 disekeliling tapi pada aku orang kadang tak bermaksud pon nak buat benda2 tu. Macam kalau orang tanya "bila nak habes blaja?", aku tak anggap benda tu sindiran sebab orang bertanya tu biasa. Ada juga yang cakap, "Arina ni tak kesian kat suami dia kena tanggung dia sorang2". hahaha kelaka kan. Memang tanggungjawab suami menanggung keluarga dia. Minded orang kita da di'brainwash' yang isteri mesti tolong suami. Tapi aku jawab je, "Memang suami kena tanggung isteri. Menunaikan amanah dari Allah". Yelah kalau macam sindiran dia pedas, jawapan aku pon pedas. Kita ni kan jadi macam apa yang orang layan kita. So buat baik, cakap baik2 in shaAllah orang pun akan buat baik n cakap baik2 pada kita.

So selama 6 tahun ni, dari aku takde anak sampai 3 orang anak aku, aku dedicate PhD aku ni untuk ahli keluarga aku yang slalu sangat support aku. Tak pernah lokek ibu ayah n adik2 aku bantu aku especially in financial. n tq en suami sebab banyak benda yang dia korbankan supaya cukup bagi makan dekat aku dan anak2. Untuk anak2 sebab diorang lah tempat emosi aku diluahkan. Yang slalu menghiburkan hati aku saat aku bersedih. Aku memang tak mampu nak balas jasa diorang tapi aku doa semoga Allah sebaik2 pemberi balasan beri mereka balasan yang paling baik dan terindah iaitu syurga Firdaus untuk mereka ni semua. n sepanjang perjalanan ni banyak juga kawan2 dan orang luar yang secara tak langsung membantu aku juga. Aku doakan Allah memberi balasan sebaik2 balasan. Aku memang tak mampu balas untuk setiap kebaikan yang aku dapat, tapi Allah Maha Baik, aku percaya dia akan beri yang baik untuk mereka juga.

Doakan aku cepat siap correction ni k. Siapa2 yang tengah struggle, jangan give up ok. Allah ada dengan kita. Doa pada dia dengan yakin.

Monday, May 16, 2016

Da masuk taska

Assalamualaikum world!

Macam ler satu dunia bacakan. Tak kesah jah. Mak konpiden. So nak dijadikan cerita. Awal bulan 5 aku anta anak2 ke taska. Kengkonon sebab da nak start keje, so hantalah anak siap2 ke taska. Nak cari maid tapi lom mampu lagi nak bayar permit. So best option adalah ke taska. So before ni penah anta Rania ke situ tapi las 3 hari je then berenti. So this time hanta 3-3 orang. Taska ni dulu skali dengan tempat transit budak skola tapi sekarang da tak campur. Da jadi 2 tempat. 1 taska n 1 transit. Transit ni budak yang half day gi tadika/sekolah, half day lagi dok kat taska. Kalo taska dari pagi sampai petang.

So 1st day Rania suka, Qisya suka cuma Ziyad je melalak. Now da masuk 3 minggu, 3-3 melalak. Hahaha. Semua sebab agaknya da lama dok rumah n Rania plak sensorang kat transit tu sebab adik2 kat taska. So dia macam boring jugaklah walaupon ada kawan2. Qisya n Ziyad sebab memang tak penah lah dok dengan orang ramai2 macam tu so macam separation anxiety jugaklah.

Tapi anak da 3, hati mak da kebal jugak walaupon kadang hati pilu bila tengok dorang melalak. Tapi sebab da tengok taska n cikgu2 pon ok so aku rasa oklah dorang kat sana. Kalau cikgu marah budak or tinggi suara pada aku normal lah. Aku yang dok jaga 3 orang ni pon suara da macam tarzan menjerit kat rumah. SO imagine lah kalau budak berbelas orang tu macam mana kan.

Terima kasih cikgu tolong jaga anak2 saya. Harap cikgu sabar dengan kerenah anak2 yang kuat juga lalaknya but rasanya sekejap jer. Nanti da lama sket in sha Allah oklah tu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails